As salam & salam Ramadhan to all bloggers & readers.
Dah bersarang blog without any updates for almost one and half year. Been busy with lot of things. So now decided nak blog balek mcm dulu2, insyaAllah. I still love writing for sure! :)
For the past a year, let gone by gone. Kita start cerita baru pulak frm now on okay? Hihi. Serius rindu bila belek2 previous entries. Most of them were my love story dgn faiz! Auwww :')
Why suddenly i decided to blog again? Sometimes i rasa blogging is the best way for me to express my feeling in a good or bad way. Fb kurang sesuai, sbb terlalu public! Lagipon xblh nak tulis pjg2 giniiii, xkuasa nak baca kalau org post pjg2. Kan kan? ;D
Pagi ni mncurah-curah idea nak menulis. Lepas sahur, teman faiz bborak, solat & belek2 blog yg dah bsarang ni. I am on unpaid leave during this Ramadhan month. So boleh lah fokus pd ibadat & berniaga, insyaAllah :)
I feel so disturbed this few days, something bad was happening & it's hard for me to move on. Phobics and taken my vigor away :'( Allahurabbi. . Thank u to faiz, family & friends who deign to push my spiritual back to normal. It's not easy, but i promise i'll try my very best :'(
Dah 3 hari xpergi niaga, bazaar & uptown. I masih mencari kekuatan. Hopefully harini dah kuat sikit & malam ni boleh kembali ke rutin harian.
Masa kejadian, i tgh baring on my super comfy satee dpn tv while mama tgh facebooking kat sofa, just infront of me. Gate rumah terbuka luas sbb papa baru balek & dia akan keluar balek after taking a nap. So, i pon xkunci lah gate porch tu. Even grill rumah pon biar terbuka luas, sbb i masak utk bazaar kat luar rumah (faiz dah siap pasangkan canopy & canvas). Selalunya xpernah dibiarkan gate & grill tu terbuka mcmtu, tapi tataulah kenapa haritu. . Hmm. . It's a very big mistakes i did! :'(
Tbe2 i nmpak satu kereta wira brown berhenti depan rumah, (mama pon nmpk) Then mama kata ' Mie ada orang India tu kat luar rumah'. Normally org berhenti depan rumah sbb nak tgok rumah sebelah yg masih available for sale/rent. . Tbe2 dr dalam i nmpk sorang india ni berlari masuk ikut sliding tepi, (dalam hati i mmg dah agak dia nak merompak sbb dia berlari laju frm depan). . Then dia masuk rumah bdiri tgh2 rumah and suruh i dgn mama 'DIAM, AKU NAK BARANG & DUIT'. Suddenly masuk lagi 2org india dari pintu depan dgn parang! Allahurabbi.
I dgn mama hnya diam. I nmpk muka mama ketakutan, so i cuba pretend i okay sb xnak bg mama cuak sgt. The burglars pon start geledah rumah i, suruh cabut brg kemas, amik ipad i, lappy mama, watches, fons, jewels yg ada atas meja semua disapu bersih! Handbag mama pon!
I cuba nak bdiri sbb nak bertenang, tapi the burglars letak parang kat leher i sb ingat i nak lari :'( Then mama merayu, 'Jangan apa2kan anak saya & keluarga saya. Kalau awak nak amik barang, amiklah, tapi jgn buat apa2 pd kami'. :'( :'( :'( Masa tu pukul 1 tghari. Papa & faiz ada kat atas, tgh tido. So dia tolak i dgn mama naik atas & tnya ada siapa dalam bilik.
Naik atas, dia geledah bilik papa tido & masterbedroom. . At first papa xsedar, bila papa tsedar sbb bunyi bising, dia acah nak hayun parang kat leher papa. Dia amik semua wallet, fons, briefcase, makeup bag mama & etc. Then dia masuk bilik faiz tido, geledah all over the place! Tapi alhamdulillah, dia xperasan handbag i atas sofa & wallet faiz atas dressing table. Tapi dia amik dslr camera. Allah! :'( Dia keluar balek & cuba nak cabut faiz pnya pc, tapi dsebabkan wayar yg bserabut, dia xjadi :'( :'( Syukur sgt sbb itulah sumber pendapatan utama keluarga i :'(
Then dia masuk dlm bilik nina, amik PS2 nina :'( Dia kurung kami dalam bilik. Lbh kurang 15mins mcmtu, dgr bunyi kereta yg dah beredar. I cuba gagahkan diri, berlari turun bawah & panggil neighbours mtk tlg call polis. Hanya Allah sahaja yg tahu perasaan i masa tuh :'(
Polis dtg, amik report, cap jari & now masih melakukan siasatan. YaAllah, i never tot it could happen to any of us! :'( Until now, i masih rasa fobia & everytime nak tido, susah nak lelap. Faiz yg kena pujuk & i keep on crying, crying, crying sampai ttido, up to now :'( It's hard!
Thank u so much to those who came, bukak puasa with us. For the prayer, calm us, texts, and call selalu just nak bagi semangat & to ease us forgetting the tragic incident. InsyaAllah, we will be fine. InsyaAllah :')
I yakin Allah menguji keimanan para hambaNya dgn melihat setinggi mana kesabaran mereka ketika ditimpa musibah. Mungkin Allah ingin membersihkan sumber2 rezeki keluarga i. Mungkin ada sumber yg syubhah atau tidak halal. Berprasangka baik dgn Allah. Kami redha. Semoga ada hikmah atas apa yg berlaku, insyaAllah :')
Untuk renungan bersama :
Manusia yang diberikan ujian oleh Allah swt bolehlah diketegorikan kepada empat golongan sepertimana yang telah dijelaskan oleh Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin rhm.
Golongan Pertama:
Mereka yang tidak mempu menerima ujian. Golongan ini merupakan golongan yang terlalu nipis sifat kesabaran di dalam jiwa mereka. Maka mereka akan membenci setiap ketentuan dan ujian yang mereka hadapi. Kebencian ini akan lahir daripada hati mereka dengan menolak qada’ dan qadar yang telah Allah tetapkan dalam hidup mereka.
Hati kecil mereka akan berkata, “kenapakah kejamnya Tuhan kepada diriku?” Malah tindakan benci ini akan lahir dengan kata-kata kesat terhadap ketentuan Allah swt ke atas diri mereka. Kemungkinan juga sifat benci ini akan hadir dalam bentuk tindakan dengan mencederakan anggota tubuh badan malah mungkin menyebabkan seseorang itu membunuh diri. Inilah golongan yang terlampau lemah jiwa dan iman mereka ketika ditimpa sesuatu ujian.
Golongan Kedua:
Mereka yang sabar dengan ketentuan Allah swt. Golongan ini akan sentiasa berbaik sangka dengan Allah swt. Segala ujian sama ada dalam bentuk kesakitan mahupun kesedihan itu akan ditempuhnya dengan tabah dan dia yakin segala itu ada hikmah dan kebaikan untuk diri dan kehidupannya di muka bumi Allah swt. Ketikamana ditimpa ujian maka dia akan meletakkan tangannya di atas dada lalu berkata“Hasbiyallahu wa ni’mal wakil” iaitu cukuplah Allah itu bagiku dan dialah sebaik-baik pengatur urusan.
Golongan Ketiga:
Mereka yang redha dengan setiap ujian. Ketikamana seseorang itu dipukul gelora dalam kehidupannya dia akan menerima ketentuan tersebut dengan rasa redha. Baginya setiap ketentuan Allah swt itu adalah baik baginya. Inilah ciri-ciri mereka yang tinggi keimanan ketikamana ditimpa musibah dalam kehidupan. Malah Nabi saw mengkategorikan mereka ini sebagai golongan yang luar biasa.
Sabda Nabi saw: “Amat luar biasa urusan kehidupan seseorang mukmin itu. Segala perkara yang ditempuhi dianggap segalanya baik baginya. Perkara ini tidak akan dirasai melainkan oleh seseorang yang beriman. Apabila dia diberikan kesenangan maka dia akan bersyukur kerana dia yakin perkara tersebut adalah baik baginya. Malah apabila dia ditimpa musibah maka dia akan bersabar kerana perkara itu juga adalah baik baginya”. (Hadith riwayat Imam Muslim).
Inilah contoh sifat redha yang perlu adalah dalam jiwa kita ketika menerima ujian daripada Allah swt.
Golongan Keempat:
Mereka yang bersyukur di atas ujian yang diberikan oleh Allah swt. Inilah sifat paling mulia pada seseorang hamba ketikamana menerima ujian dan dugaan kehidupan daripadaNya. Ketika mana dia telah bersabar dan redha, lantas akan hadir suatu rasa yang cukup indah iaitu bersyukur di atas ujian-ujian tersebut. Kerana apa dia perlu bersyukur? Kerana dengan ujian kesakitan dan kesedihan itulah yang menyebabkan dia lebih kuat iman dan terasa lebih hampir kepada Allah swt. Segala kesakitan zahir dan batin itu seakan hilang bila rasa cinta kepada Allah swt dan syukur kepadaNya itu hadir di dalam jiwanya.
Inilah sunnah Nabi saw ketika menerima ujian yang ditempuhinya. Baginda saw akan bersyukur lantas mengucapkan : “Segala pujian bagi Allah swt di atas setiap keadaan”.(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan dinilai sahih oleh al-Albaniy).
Wallahualam.
Keep on going,
Dhiya.